Monday, July 19, 2010

Keputusan terkini liga alumni

Maaf, lama tak update, berikut adalah keputusan game liga alumni

1st match OGA vs Staroba 35-5
2nd match OGA vs XSSAAS 14-19
3rd match OGA vs OPA 10-12

OGA COUGARS tewas tipis dalam dua perlawanan terkini, namun memberikan tentangan yang sengit dalam setiap perlawanan. Kekecewaan jelas terpancar di setiap wajah pemain pada perlawan oga vs opa akibat keputusan referee yang tidak konsisten akibat kurang fit membuatkan posisi beliau ke laut, breakdown punya lama baru nak blow..jadi tak boleh buat apa..referee seharusnya fit dan kriteria pemilihan harus lebih ketat jika ingin melihat mutu pengadilan lebih maju sekaligus menaikkan sukan ragbi di negara kita.

Perlawanan dimulakan didalam keadaan hujan menjadikan agak sukar bagi kedua-dua pasukan untuk melakukan serangan. Namun OGA menguasai kebanyakkan dari possession pada separuh masa pertama dan berjaya menghasilkan try melalui katik pada akhir babak separuh masa pertama namun conversion tidak berjaya disempurnakan oleh jebat..ke lauttt. Pada separuh masa kedua OPA bertindak menggandakan asakan mereka dan berjaya memintas OGA dgn converted try menjadikan kedudukan 5-7. Para pemain OGA tidak berputus asa, satu try berjaya dilakukan di penjuru kanan pihak lawan oleh sham, tetapi conversion tidak berjaya disempurnakan pada 5 minit terakhir perlawanan dengan keputusan semasa memihak kepada OGA 10-7. OPA melakukan serangan balas dengan pantas dan byk melakukan movement menggunakan tanker2 mereka dan berjaya mendapat try pada minit terakhir menjadikan keputusan muktamad 10-12. Pada pendapat saya ini merupakan permainan yang tercantik ditunjukkan oleh OGA kerana berjaya melakukan support play terutamanya flow yang dilakukan dari 10 meter kawasan OGA ke 22 meter kawasan OPA. Syabas diucapkan kepada kepada kedua-dua pasukan dan saya pasti penonton di luar cukup terhibur dengan perlawanan ragbi berkualiti yang ditonjolkan tetapi malang, mutu pengadilan amat teruk.

Ansara 7s akan berlangsung pada 24-25 Julai ini; sabtu dan ahad, sila datang beramai-ramai ke padang utara untuk memberikan sokongan kepada OGA COUGARS.

Perlawanan berikutnya bagi Liga Alumni adalah diantara OGA vs Ansara Terendak, a must win game jika OGA hendak bertanding ke Cup pada pusingan Piala Alumni.

Gambar perlawanan OGA menentang OPA boleh didapati di link inihttp://www.flickr.com/photos/25884014@N02/sets/72157624528505850/

Sunday, May 23, 2010

Keputusan SMSS 10's Qualifying

Berikut adalah keputusan perlawanan-perlawanan yang diadakan pada hari ini 23/5/10

OGA vs SAJOHA- 7-19
KOBOYS vs OGA- 25-7
KAJANG HIGH bs OGA--tak ingat..haha tapi tewas kepada mereka.

OGA COUGARS tewas dalam semua perlawanan, namun berjaya menunjukkan mutu permainan yang agak baik. Dengan lebih latihan bersama, tidak mustahil pasukan ini mampu menggugat pasukan2 lain yang lebih handal
Walaubagaimanapun, ini tidak akan melemahkan semangat kita, OGA COUGARS akan terus beraksi di Kejohanan Liga ALumni 2010 pada bulan Jun ini.

Terima Kasih pada yang hadir hari ini, sokongan dan komitmen yang diberikan wajar dipuji.



Barisan pemainOGA COUGARS- Wawan, chalie, Cacing, Abib, Shairul, Nizmie, Beary, Koyan, Am, Katik, Nadzmi, Pom2, Skiva, Kwn Shairul..lupo lak ai namo eh, ezad, hisham, kalau ada yang tertinggal tu harap maaf, tak igt semua setelah di high tackle..haha.


Sekian,

Figo

Saturday, May 22, 2010

SMSS 10's Qualifying Round 2010

OGA COUGARS akan memulakan kalendar 2010 dengan menyertai Kejohanan SMSS 10's peringkat kelayakan bertempat di
SMS Selangor Cheras berdekatan dengan Tmn Tasik Permaisuri bermula jam 8.30 pagi.

OGA COUGARS diundi bersama Kajang High, SAJOHA (Sains Johor) dan Koboys (KOSAS Old Boys)

Juara setiap kumpulan akan layak untuk beraksi ke peringkat akhir SMS 10's yang akan diadakan pada 25-25 Jun 2010 nanti.

Mari bersama-sama turun memberikan sokongan kepada pasukan ex-kgv; OGA COUGARS.


Cheers~

Sunday, December 27, 2009

Ansara 10s

OGA COUGARS akan menghantar satu pasukan untuk menyertai kejohanan ansara 10s pada 16-17 Januari tahun hadapan dan kemungkinan besar pasukan junior juga akan menyertai untuk mempertahankan kejuaraan yang diperoleh mereka pada tahun 2009. Sebarang pertanyaan sila call saya di 012-3145729

Liga Alumni 2009

Maka tamatlah sudah kempen liga alumni 2009 kita pada tahun ini. OGA Cougars berjaya menunjukkan prestasi yang memberangsangkan pada penampilan sulung kita pada tahun ini dengan menjadi naib juara bagi kategori bentara setelah tewas kepada MCOBA Tortoises 26-10. Entah apa yang tidak kena, kelewatan dan ketiadaan pemain mencacatkan percatura namun apa boleh buat..nasik tak menyebelahi kita, Bagi pasukan yang baru ditubuhkan tetapi dibarisi oleh pemain-pemain berpengalaman berjaya menunjukkan komitmen dan kesungguhan dalam melaksanakan agenda pertama pasukan. Terima kasih diucapkan kepada semua, selamat menempuhi season baru liga-liga negeri dan kita jumpa lagi di edisi Liga ALumni 2010 yang akan datang padan bulan Jun tahun hadapan

Thursday, December 10, 2009

Final Kejuaraan Ragbi Alumni 2009 Bentara

OGA Cougars yang julung kali nya menyertai Liga Alumni berjaya untuk mara ke peringkat akhir kategori bowl ataupun Bentara..setelah mengakhiri 7 perlawanan dgn kemenangan sebanyak 2 kali berturut2. Walaupun kecewa tewas dalam kelayakan perdana, namun semangat pemain pasukan masih kekal tinggi dan berazam untuk mendapatkan kedudukan terbaik dalam peringkat bowl. Maklumat perlawanan adalah seperti berikut:

OGA COUGARS vs MCOBA
kickoff 3.30 pm
Padang Utara PJ
12/12/09 (sabtu

Semua penyokong dan peminat sukan ragbi dijemput hadir.

Saturday, December 5, 2009

OGA vs KUSESS

review game akan ditulis oleh nizmie..payah nk type satu tgn..sila tunggu dgn sabar