Maaf, lama tak update, berikut adalah keputusan game liga alumni
1st match OGA vs Staroba 35-5
2nd match OGA vs XSSAAS 14-19
3rd match OGA vs OPA 10-12
OGA COUGARS tewas tipis dalam dua perlawanan terkini, namun memberikan tentangan yang sengit dalam setiap perlawanan. Kekecewaan jelas terpancar di setiap wajah pemain pada perlawan oga vs opa akibat keputusan referee yang tidak konsisten akibat kurang fit membuatkan posisi beliau ke laut, breakdown punya lama baru nak blow..jadi tak boleh buat apa..referee seharusnya fit dan kriteria pemilihan harus lebih ketat jika ingin melihat mutu pengadilan lebih maju sekaligus menaikkan sukan ragbi di negara kita.
Perlawanan dimulakan didalam keadaan hujan menjadikan agak sukar bagi kedua-dua pasukan untuk melakukan serangan. Namun OGA menguasai kebanyakkan dari possession pada separuh masa pertama dan berjaya menghasilkan try melalui katik pada akhir babak separuh masa pertama namun conversion tidak berjaya disempurnakan oleh jebat..ke lauttt. Pada separuh masa kedua OPA bertindak menggandakan asakan mereka dan berjaya memintas OGA dgn converted try menjadikan kedudukan 5-7. Para pemain OGA tidak berputus asa, satu try berjaya dilakukan di penjuru kanan pihak lawan oleh sham, tetapi conversion tidak berjaya disempurnakan pada 5 minit terakhir perlawanan dengan keputusan semasa memihak kepada OGA 10-7. OPA melakukan serangan balas dengan pantas dan byk melakukan movement menggunakan tanker2 mereka dan berjaya mendapat try pada minit terakhir menjadikan keputusan muktamad 10-12. Pada pendapat saya ini merupakan permainan yang tercantik ditunjukkan oleh OGA kerana berjaya melakukan support play terutamanya flow yang dilakukan dari 10 meter kawasan OGA ke 22 meter kawasan OPA. Syabas diucapkan kepada kepada kedua-dua pasukan dan saya pasti penonton di luar cukup terhibur dengan perlawanan ragbi berkualiti yang ditonjolkan tetapi malang, mutu pengadilan amat teruk.
Ansara 7s akan berlangsung pada 24-25 Julai ini; sabtu dan ahad, sila datang beramai-ramai ke padang utara untuk memberikan sokongan kepada OGA COUGARS.
Perlawanan berikutnya bagi Liga Alumni adalah diantara OGA vs Ansara Terendak, a must win game jika OGA hendak bertanding ke Cup pada pusingan Piala Alumni.
Gambar perlawanan OGA menentang OPA boleh didapati di link inihttp://www.flickr.com/photos/25884014@N02/sets/72157624528505850/