Saturday, August 1, 2009

OGA vs KYSer







Date 1/8/09
Venue: TUDM Subang
Kick-off 6pm
Score: 19-12

Subang-OGA Cougars telah mencatat 2 kemenangan berturut-turut didalam edisi Liga Alumni tahun ini. Perlawanan yang dijadualkan bermula pada pukul 5.30 petang terpaksa ditangguhkan sehingga jam 6 akibat kelewatan pemain2 kedua pasukan khususnya OGA Cougars. Perasaan cemas menguasai diri pengurus sehingga terpaksa posing maut diatas astaka padang. Namun akhirnya perasaan gusar menjadi gembira dengan ketibaan Wawan, ejat, bijan, atan,zahid dan paan.. Wisel ditiup tepat jam 6 petang dibawah cuaca yg cerah dan sedikit berangin menjanjikan perlawanan yang menarik diantara kedua pasukan.Perlawanan diserikan dengan kehadiran pelakon dan hero malaya yang juga merupakan idola Bob, Fahrin Ahmad yg bermain untuk pasukan lawan sambil membawa 2 orang photographer khusus untuk beliau. OGA memperoleh satu penalty seawal minit ketiga dan disempurnakan oleh ejat dgn penuh kelembutan untuk menjadikan keputusan 3-0. KYSer kembali mengasak dengan beberapa gerakan merbahaya melalui playmaker mereka Toi dan tanker ,Bom. Namun serangan dapat dipatahkan oleh pertahanan OGA. KYSer memperoleh beberapa penalty tetapi gagal menggunakan peluang yang diberikan. OGA mendapat 2 lagi penalty didepan pintu gol lawan dan sekali lagi disempurnakan oleh ejat umpama menyepak batu ditepi pantai untuk menjadikan keputusan separuh masa pertama, OGA mendahului dengan 9-0.

Separuh masa kedua dimulakan dengan giliran KYSer untuk melakukan sepak mula. Kali ini KYSer bermula dengan lebih kemas dan efisien dalam melakukan serangan yang bertali arus. Usaha mereka membuahkan hasil dan telah berjaya mendapatkan satu try namun tidak berjaya ntuk melakukan conversion untuk merapatkan kedudukan 9-5. OGA tidak mengalah dan para pemain berjaya mengawal permainan dan mengelakkan daripada melakukan kesilapan2 yang mampu membawa padah. Beberapa aksi panas berlaku dengan pertengkaran dan sedikit pergeseran antara kedua-dua pasukan namun atas semangat kesukanan, pergaduhan dapat dileraikan dan masing-masing dapat bertenang. OGA sekali lagi dianugerahkan satu penalty dan sekali lagi ejat menendang bola melepasi tiang gol untuk menjarakkan mata dengan 12-5. Beberapa pertukaran dilakukan oleh OGA selepas itu dan kira-kira 7 minit sebelum permainan tamat, OGA telah berjaya mendapatkan satu try dan conversion disempurnakan oleh Paan menjadikan mata 19-5. KYSer tidak luntur semangat mereka, malah lebih bersemangat untuk mendapatkan try. Beberapa kesilapan dilakukan oleh OGA dgn memberikan penalti yang boleh dikatakan kesilapan yg tidak wajar dilakukan kepada pihak lawan. KYSer menggunakan peluang ini dgn sebaiknya melalui quick tap dan berjaya mendapat try sagu hati. Syabas diucapkan kepada OGA Cougars yang berjaya menunjukkan mutu perlawanan yang baik dan juga berjaya mengawal disiplin masing-masing.
Keputusan akhir memihak kepada OGA denga 19 berbalas 12. Terima kasih diucapkan kepada kedua-dua pasukan dan kepada mereka yang hadir pada perlawanan pada hari ini. .Perlawanan seterusnya akan diadakan pada hari Sabtu, 8/8/09 di padang sdar, sg gadut pada pukul 4.30 petang..jumpa semua disana disana disana..!


Sekian nukilan dari saya,
Afiq Goh


Players
Jebat (MMU),Nizmie(MMU), Paan (05), Ejat (05), Safwan(06), Zahid (06), Bijan (06), Atan (06), Skiva (02), Raja (EC), Jaba (03), Bob (03),Hazim (08),

No comments:

Post a Comment