Wednesday, November 25, 2009

Alumni Cup Updates


Maaf lama tak update blog ni..pasal agak sibuk di final semester.

Ok kita terus ke perlawanan OGA menentang Exsas Eagles yang telah pun berlangsung dua minggu lepas dengan skor 10-14. OGA bermula dengan baik tetapi keputusan pengadil agak sukar dijangka dengan memberikan penalti kepada pihak lawan tanpa sebab yang munasabah..terutamanya ketika scrum dan tidak memberi perhatian terhadap pemain yang mengatakan pihak lawan bermain dengan agak kotor. Akhirnya setelah bersabar satu half lebih, satu percakaran besar tercetus bukan akibat pemain OGA tetapi setelah lawan memberikan provokasi yang agak melampau akhirnya kesabaran itu hilang jua. Namun demikian, referee dengan selambanya menamatkan perlawanan walaupun baki separuh masa kedua tinggal dalam 5 minit. Disini ingin dinyatakan, pengadil haruslah mempunyai pertimbangan yang bagus dan bukannya ikut ego dan kepala sendiri..dah nama pun pengadil..so kene la jadi adil dan bertimbang rasa terhadap kedua-dua pihak. Sikap tidak professional ini tidak harus diteruskan dan harus diubah bagi meningkatkan mutu pengadilan ragbi di negara kita.

Namun tahniah diucapkan kepada para pemain kerana dapat mengawal disiplin ketika dalam perlawanan.

Keputusan akhir Alumni Piala Perdana Pusingan Pertama- OGA tewas 10-14 kepada Exsas Eagles

Kategori Bentara-Suku Akhir

Setelah tewas kepada Exsas, OGA telah turun bertemu dengan Staroba didalam pusingan suku akhir kategori Bentara, rasa-rasanya kategori bowl lah. Manager mempunyai sedikit masalah dalam mengadakan percaturan pemain terutamanya dibahagian backline akibat kelewatan dan juga masalah pemain tidak hadir. Namun, perlawanan harus diteruskan, dengan beberapa posisi diisi oleh loose forwards.

Pada separuh masa pertama OGA bermula dengan garang dengan melakukan asakan demi asakan dan mengawal permainan dengan 70% possession. Satu penalti diperolehi tetapi tidak dapat disudahi dengan cantik oleh stand off dengan jarak 35 meter.
Try pertama berjaya diperolehi melalu scrum di bahagian kiri padang pihak lawan dengan gerakan cantik no 8 Safwan dan para loose forwards yang membantu beliau.

Kealpaan pertahanan OGA menyebabkan Staroba memperolehi satu try tetapi tidak berjaya untuk menendang masuk conversion. Pada minit-minit terakhir separuh masa pertama, gerakan fast ruck oleh para forwards berjaya menambah lagi satu try, kali ini melalui zaibo berdekatan dan conversion disempurnakan oleh ejat menjadikan keputusan separuh masa pertama OGA 12-Staroba- 5.


Beberapa pertukaran dilakukan pada separuh masa kedua dan ini nyata merupakan keputusan yang agak kurang bijak dimana corak permainan berterabur dan penuh dengan kesilapan mudah. Kemungkinan ini kerana keadaan padang yang berlecak dan bola yang basah menyebabkan terjadinya knock on yang kerap. Keputusan separuh masa kedua tidak berubah dan wisel penamat dibunyikan dengan perlawanan berkesudahan OGA 12- Staroba 5



Perlawanan seterusnya bertemu dengan KUSESS Barbarians dijangka akan diadakan selepas Hari Raya AidilAdha




No comments:

Post a Comment