The OGA Rugby Club was formed by the initiative of few ex SMK King George V students who felt there is a need for ex Georgians to have their own team to compete in various rugby tournaments in Malaysia throughout the year. We aim to gather all ex georgians rugby players to enhance the club. This is just the beginning.
Sunday, December 27, 2009
Ansara 10s
OGA COUGARS akan menghantar satu pasukan untuk menyertai kejohanan ansara 10s pada 16-17 Januari tahun hadapan dan kemungkinan besar pasukan junior juga akan menyertai untuk mempertahankan kejuaraan yang diperoleh mereka pada tahun 2009. Sebarang pertanyaan sila call saya di 012-3145729
Liga Alumni 2009
Maka tamatlah sudah kempen liga alumni 2009 kita pada tahun ini. OGA Cougars berjaya menunjukkan prestasi yang memberangsangkan pada penampilan sulung kita pada tahun ini dengan menjadi naib juara bagi kategori bentara setelah tewas kepada MCOBA Tortoises 26-10. Entah apa yang tidak kena, kelewatan dan ketiadaan pemain mencacatkan percatura namun apa boleh buat..nasik tak menyebelahi kita, Bagi pasukan yang baru ditubuhkan tetapi dibarisi oleh pemain-pemain berpengalaman berjaya menunjukkan komitmen dan kesungguhan dalam melaksanakan agenda pertama pasukan. Terima kasih diucapkan kepada semua, selamat menempuhi season baru liga-liga negeri dan kita jumpa lagi di edisi Liga ALumni 2010 yang akan datang padan bulan Jun tahun hadapan
Thursday, December 10, 2009
Final Kejuaraan Ragbi Alumni 2009 Bentara
OGA Cougars yang julung kali nya menyertai Liga Alumni berjaya untuk mara ke peringkat akhir kategori bowl ataupun Bentara..setelah mengakhiri 7 perlawanan dgn kemenangan sebanyak 2 kali berturut2. Walaupun kecewa tewas dalam kelayakan perdana, namun semangat pemain pasukan masih kekal tinggi dan berazam untuk mendapatkan kedudukan terbaik dalam peringkat bowl. Maklumat perlawanan adalah seperti berikut:
OGA COUGARS vs MCOBA
kickoff 3.30 pm
Padang Utara PJ
12/12/09 (sabtu
Semua penyokong dan peminat sukan ragbi dijemput hadir.
OGA COUGARS vs MCOBA
kickoff 3.30 pm
Padang Utara PJ
12/12/09 (sabtu
Semua penyokong dan peminat sukan ragbi dijemput hadir.
Saturday, December 5, 2009
Wednesday, November 25, 2009
Alumni Cup Updates
Maaf lama tak update blog ni..pasal agak sibuk di final semester.
Ok kita terus ke perlawanan OGA menentang Exsas Eagles yang telah pun berlangsung dua minggu lepas dengan skor 10-14. OGA bermula dengan baik tetapi keputusan pengadil agak sukar dijangka dengan memberikan penalti kepada pihak lawan tanpa sebab yang munasabah..terutamanya ketika scrum dan tidak memberi perhatian terhadap pemain yang mengatakan pihak lawan bermain dengan agak kotor. Akhirnya setelah bersabar satu half lebih, satu percakaran besar tercetus bukan akibat pemain OGA tetapi setelah lawan memberikan provokasi yang agak melampau akhirnya kesabaran itu hilang jua. Namun demikian, referee dengan selambanya menamatkan perlawanan walaupun baki separuh masa kedua tinggal dalam 5 minit. Disini ingin dinyatakan, pengadil haruslah mempunyai pertimbangan yang bagus dan bukannya ikut ego dan kepala sendiri..dah nama pun pengadil..so kene la jadi adil dan bertimbang rasa terhadap kedua-dua pihak. Sikap tidak professional ini tidak harus diteruskan dan harus diubah bagi meningkatkan mutu pengadilan ragbi di negara kita.
Namun tahniah diucapkan kepada para pemain kerana dapat mengawal disiplin ketika dalam perlawanan.
Keputusan akhir Alumni Piala Perdana Pusingan Pertama- OGA tewas 10-14 kepada Exsas Eagles
Kategori Bentara-Suku Akhir
Setelah tewas kepada Exsas, OGA telah turun bertemu dengan Staroba didalam pusingan suku akhir kategori Bentara, rasa-rasanya kategori bowl lah. Manager mempunyai sedikit masalah dalam mengadakan percaturan pemain terutamanya dibahagian backline akibat kelewatan dan juga masalah pemain tidak hadir. Namun, perlawanan harus diteruskan, dengan beberapa posisi diisi oleh loose forwards.
Pada separuh masa pertama OGA bermula dengan garang dengan melakukan asakan demi asakan dan mengawal permainan dengan 70% possession. Satu penalti diperolehi tetapi tidak dapat disudahi dengan cantik oleh stand off dengan jarak 35 meter.
Try pertama berjaya diperolehi melalu scrum di bahagian kiri padang pihak lawan dengan gerakan cantik no 8 Safwan dan para loose forwards yang membantu beliau.
Kealpaan pertahanan OGA menyebabkan Staroba memperolehi satu try tetapi tidak berjaya untuk menendang masuk conversion. Pada minit-minit terakhir separuh masa pertama, gerakan fast ruck oleh para forwards berjaya menambah lagi satu try, kali ini melalui zaibo berdekatan dan conversion disempurnakan oleh ejat menjadikan keputusan separuh masa pertama OGA 12-Staroba- 5.
Beberapa pertukaran dilakukan pada separuh masa kedua dan ini nyata merupakan keputusan yang agak kurang bijak dimana corak permainan berterabur dan penuh dengan kesilapan mudah. Kemungkinan ini kerana keadaan padang yang berlecak dan bola yang basah menyebabkan terjadinya knock on yang kerap. Keputusan separuh masa kedua tidak berubah dan wisel penamat dibunyikan dengan perlawanan berkesudahan OGA 12- Staroba 5
Perlawanan seterusnya bertemu dengan KUSESS Barbarians dijangka akan diadakan selepas Hari Raya AidilAdha
Monday, October 26, 2009
Alumni Cup-1st Round
Ok boys, next game kita dah makin dekat vs Exsas Eagles, training dah start..sila rujuk schedule @inbox facebook masing2..hari2 kasi bikin fitness ok
Saturday, August 22, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)