date: 8/8/09
Venue: SDAR Sg Gadut
Kick-off: 5pm
Score: 15-7
Try- Goncang (1)
Conversion-Goncang (1)
Seremban, 8 Ogos- Kejayaan meraih dua kemenangan berturut-turut tidak dapat diteruskan pada perlawanan terakhir didalam Liga Alumni 2009 kali ini.Ketiadaan beberapa pemain di posisi penting seperti ejat dan paan membuatkan percaturan pengurus sedikit terganggu.OGA Cougars telah berkunjung ke 'home ground' pihak lawan dengan semangat yang berkobar-kobar untuk menewaskan musuh yang boleh dikatakan musuh tradisi KGV. Sdar Lions menurunkan barisan terkuat mereka yang rata-rata berpengalaman dalam bermain ragbi di tahap yang tinggi. OGA Cougars memulakan drop kick sebaik sahaja wisel dibunyikan dan terus menggempur kubu pihak lawan dengan tanpa sebarang perasaan ragu ragu. OGA berjaya mendapat satu penalty tidak lama kemudian namun percubaan dari jarak 40 meter gagal disempurnakan oleh Goncang. OGA memperkemaskan lagi serangan melalui gerakan forward yang nyata lebih bertenaga dari pasukan lawan, tetapi cubaan demi cubaan dapat dipatahkan oleh pihak lawan. Perlawanan pada separuh masa pertama lebih byk berkisar di tengah padang dengan kedua-dua pasukan saling membalas serangan. Kealpaan pertahanan OGA digunakan oleh SDAR Lions untuk membolosi kawasan try OGA untuk menjadikan kedudukan 5-0 tetapi gagal dalam melakukan conversion. Para pemain OGA tidak mudah mengalah,malah lebih bersemangat untuk menyamakan kedudukan. Asakan demi asakan dilakukan melalui gerakan forwards yang cantik. OGA hampir menyamakan kedudukan dengan 4-5 percubaan diatas garisan try pihak lawan, namun keputusan pengadil tidak menyebelahi OGA. Keputusan separuh masa pertama kekal Sdar Lions 5, OGA Cougars 0.
Separuh masa kedua dimulakan dengan kehangatan dan kepantasan permainan yang lebih menyerlah dengan posession saling bertukar tangan antara kedua-dua pasukan. 10 minit berlalu, SDAR Lions berjaya menambah satu lagi try dan berjaya melakukan conversion untuk menjarakkan mata 12-0. Tidak lama selepas itu, gandingan 2 pelari KGV berjaya menembusi garisan try pihak lawan melalui larian cantik yang bermula dari aref yang bermain di posisi fullback , disudahkan kemudian dengan larian lincah Goncang di posisi wing. Goncang menyempurnakan conversion untuk menjadikan mata 12-7. Beberapa insiden panas berlaku setelah pengadil nyata agak berat sebelah sehingga kesabaran tidak dapat dibendung oleh para pemain OGA. Jebat menjadi celebrity dikalangan penonton yang hadir yang kebanyakannya para penuntut SDAR setelah menolak kepala pemain SDAR yang sebelum itu menala kepala Safwan dari belakang. Namun pujian diberikan keatas disiplin yang ditonjolkan ke atas para pemain. Satu kad kuning dilayangkan kepada Bob gara-gara melawan cakap ref menjadikan OGA kurang seorang pemain tetapi OGA kental bertahan dan berjaya juga untuk mengucar-kacirkan pihak lawan. Sdar Lions memperoleh penalti di saat akhir perlawanan dengan menjadikan keputusan akhir perlawanan kali ini memihak kepada SDAR Lions dengan 15-7. Syabas diucapkan kepada kedua=dua pasukan yang berjaya menunjukkan mutu permainan yang tinggi.
Insiden seperti melawan ref sampai kene kad kuning tidak seharusnya berlaku lagi kerana perkara ini telah diutarakan pada 2 perlawanan lepas. Kita patut maintain our cool dan biar hanya captain dan pack leader yang bercakap.Perbuatan seperti ini amat merugikan pasukan dan para pemain yang lain. Harap semua pemain akan 'take note' tentang perkara ini dan melakukan sesuatu untuk membendung atau 'channel' kemarahan diatas padang dan bukannya dengan mulut.Sebarang kesilapan yang dilakukan harus diperbetulkan supaya tidak lagi akan berulang dimasa hadapan. Biar kita kalah didalam perlawanan, tetapi menang dalam bermain sebagai satu pasukan.
Walaubagaimana pun, ini hanyalah satu lagi permainan ragbi dan akan ada lagi perlawanan di masa akan datang. Terima kasih diucapkan kepada semua pemain yang menunjukkan semangat juang yang tinggi, dan berjiwa kental dalam mengharungi Liga Alumni 2009.Den berbanggo dapek pemain-pemain yang berdedikasi dan bersemangat dalam menghidupkan kembali pasukan ragbi old boys kito yang dah lamo sonyap.Harapnya para pemain ini akan terus kekal bersama dan meneruskan momentum dalam menjayakan pasukan OGA Cougars yang kito cintai. Selepas raya, Alumni Cup akan diadakan. Keputusan penuh dapat diperolehi dari www.ligaalumni.com. Majlis berbuka puasa akan diadakan pada bulan Ramadan yang akan datang, sebarang cadangan silalah utarakan di group Facebook.
Sekian nukilan jiwa dari saya,
Figo
Players;
Raja Salleh (EC), Nizmie (MMU),Jebat(MMU), Raja Shafreen (02), Skiva (02), Cimet (02), Jaba (03), Bob (03), Safwan (06),Atan (06), Bijan (06), Zahid (06) Rafiq (06), Tepe (06), Sharin (06),Aris (07), Azim (08), Arep (09), Goncang (09)
salam figo.. hard luck ... aku admit ref agak berat sebelah walaupun aku tak tau dia berat belah mana... budak ko mmg power...
ReplyDeletebut it's just another game of rugby..
aku akan letak link OGA dalam blog sdarlions...
http://sdarlions.blogspot.com
-ayam-
haha tado apo la..woke woke
ReplyDelete